HOME

Friday, 25 July 2014

Kelebihan Bermain Luar





Aktiviti luar adalah yang paling sesuai untuk diamalkan dan menguasai kemahiran fizikal.
kanak-kanak secara bebas dapat mengusai kemahiran motor seperti berlari, melompat dan memanjat. Kanak-kanak bebas melakukan aktiviti luar.

Semasa kanak-kanak main di luar secara aktif, kalori dapat di bakar dengan ini dapat mencegah obesiti dan risiko penyakit jantung di kalangan kanak-kanak.

Cahaya matahari dapat merangsang kelenjar pinel di bahagian otak yang mengawal selia jam biologi, ianya penting untuk sistem imun dan merangsang kanak-kanak merasa gembira.

Dapat mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan perbendaharaan kata, bersosial dengan bertolak ansur dan berkejasama semasa kanak-kanak bermain bersama rakan-rakan.

Kanak-kanak banyak belajar melalui deria mereka. Diluar terdapat banyak perkara yang berbeza dan indah bagi kanak-kanak untuk dilihat seperti burung, haiwan dan tumbuhan.
mendengar bunyi burung, kenderaan dan haiwan lain secara semulajadi.

Aktiviti luar merupakan aktiviti yang penuh bermakna dan menjadi satu kenangan yang indah dan kekal selamanya.

Bermain diluar memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka, mengeksperimen, memanipulasi, menjerit, merasa tanah, batu, pasir, kayu, air dan sebagainya.

Semasa kanak-kanak bermain diluar, secara tidak sedar telah melepaskan tenaga dan perasaan yang terpendam. membolehkan kanak-kanak mencergaskan semula diri mereka.

Dari segi kesihatan, kanak-kanak sangat mudah dan cepat bakterian dan virus merebak dan menjangkiti mereka melalui persekitaran. salah satu cara untuk mengurangkan penyebaran jangkitan adalah melalui perbanyakan udara segar.
Bermain di luar membolehkan agen jangkitan merebak dan dibebaskan, ia juga membolehkan kanak-kanak untuk mendapat udara segar. (Aronson, 2002).


No comments:

Post a Comment