AKTIVITI NATURE WALK
AMALAN SEBELUM SEMASA DAN SELEPAS
NATURE WALK
SEBELUM
a) Pendidik
memastikan bilangan kanak-kanak yang turut serta dalam aktiviti Nature Walk.
b) Pendidik menggalakkan kanak-kanak beratur dan membaca doa keluar rumah.
Doa keluar rumahb) Pendidik menggalakkan kanak-kanak beratur dan membaca doa keluar rumah.
بِسْمْ اللهِ تَوَكَلْتُ عَلَى الله,
وَلَا حَوْلاَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيمِ
"Dengan nama Allah aku
bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan
Allah".
Pendidik memastikan kanak-kanak memakai selipar / kasut.
SEMASA
a) Pendidik menggalakkan kanak-kanak beratur semasa aktiviti Nature Walk dengan memegang tali / selendang panjang.
b) Pendidik memastikan keselamatan kanak-kanak ketika aktiviti Nature Walk, elakkan kanak-kanak berkeliaran tanpa pengawasan.
c) Pendidik perlu memastikan kanak-kanak bergerak dalam kumpulan.
d) Pendidik memberi peluang kanak-kanak menerokai sendiri tetapi di bawah pengawasan.
e) Pendidik menggalakkan kanak-kanak mengambil bahan yang menarik minat mereka untuk dijadikan bahan perbincangan dan aktiviti di dalam kelas.
f) Pendidik perlu sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak seperti memberitahu nama dan ciri-ciri sesuatu objek yang kanak-kanak lihat.
g) Pendidik menggalakkan kanak-kanak membawa bahan balik ke premis
SELEPAS
a) Pendidik memastikan kanak-kanak beratur sebelum mencuci tangan dan kaki hingga bersih.
b )Pendidik memastikan kanak-kanak menyusun kasut selepas aktiviti Nature Walk.
c) Pendidik memastikan kanak-kanak membaca doa sebelum masuk rumah
Doa masuk rumah
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ خَيْرَ اْلمَوْلَجِ وَخَيْرَ اْلمَخْرَجِ بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا وَعَلَى اللَّهِ رَبَّنَا تَوَكَّلْن
“Ya Allah. Aku mohon padaMu sebaik-baik pintu
masuk dan
sebaik-baik pintu keluar Dengan menyebut
namaMu kami masuk dan kepadaMu kuserahkan segalanya”
e) Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti seterusnya.
Aktiviti seterusnya yang boleh dilakukan:
Ada beberapa link yang boleh dicontohi:
http://www.prekinders.com/pdf/NatureWalk.pdf
https://www.lakeshorelearning.com/media/images/free_resources/teachers_corner/printables/natureChecklist.pdf
No comments:
Post a Comment