HOME

Friday, 25 July 2014

Aktiviti Luar - Menanam Pokok Bunga

Pendidik boleh merancang aktiviti luar untuk kanak-kanak mengikut tema tertentu. Sebagai contoh aktiviti luar yang dilakukan pada minggu ini adalah bertemakan Bunga.
Pendidik telah merancanng satu aktiviti yang bersesuaian dengan tema tersebut iaitu 'menanam pokok bunga'.
Di dalam aktiviti ini kanak-kanak bersama pendidik menanam pokok bunga raya. Kanak-kanak bebas melakukan kerja-kerja menanam seperti mengorek tanah, menanam anak pokok dan menabur baja. Jelas bahawa melalui aktiviti ini dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai aspek. Kanak-kanak kelihatan gembira dan mula memahami tentamg tumbesaran pokok.
Selain itu juga pendidik turut mengaitkan proses ini dengan kewujudan Allah dan menerangkan konsep ini dalam ayat yang mudah difahami oleh kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment