HOME

Saturday, 26 July 2014

Permainan luar


    Kanak-kanak sememangnya suka bermain dan secara langsung mereka belajar melalui bermain atau aktiviti yang dijalankan. Bermain merupakan aktiviti semulajadi dan menjadi satu keperluan kepada setiap kanak-kanak. Mereka berimaginasi, membina sifat kreatif dan mendapat keseronokan melalui bermain.
Dalam memberi kebebasan kepada mereka untuk bermain, ibubapa, guru dan penjaga taska memainkan peranan dalam memastikan permainan tersebut selamat serta membina simbolik dan makna yang lebih baik kepada kanak-kanak apabila mereka bermain.
Diatas kesedaran kepentingan bermain di dalam kalangan kanak-kanak penekanan perlu diberikan sejak awal lagi di mana pembelajaran melalui aktiviti luar dan permainan dilaksanakan. Aktiviti dirancang bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan memberikan keutamaan kepada semua aspek perkembangan kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan bermain di luar?
Permainan luar ialah aktiviti yang melibatkan penggunaan peralatan seperti gelungsur, jongket jongkit, bermain pasir, bermain tanah, bermain air, pondok-pondok. Permainan luar melibatkan pergerakan seperti berlari, melompat dan permainan motor halus.

Mengapa permainan luar perlu?
Permainan luar perlu bagi membina kecergasan badan dan kecergasan minda. Selain dari aspek fizikal, permainan ini juga membantu kanak-kanak menguasai kemahiran asas motor halus dan motor kasar.

Berikut adalah beberapa contoh permainan luar:
1. Permainan pasir
2. Berjalan dan mengimbang badan dengan berjalan diatas titi.
3. Melompat dengan berhalangan pada kadar yang rendah.
Petikan ( Rujelis Anisah, 2011)

No comments:

Post a Comment