Kebaikan Aktiviti Luar
Aktiviti luar
bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar bangunan. Kanak-kanak tidak
semestinya sentiasa berada di dalam bangunan sama ada di taska atau
tadika. Aktiviti luar memberi banyak kebaikan kepada kehidupan
kanak-kanak. Matlamat kemahiran perkembangan motor kasar berhubungkait
dengan perkembangan matlamat mental, sosial dan emosi. Aktiviti luar
dapat melegakan tekanan di dalam kelas semasa duduk, berfikir, senyap
dan cuba hendak menjadi baik. Semasa aktiviti di luar memberi peluang
kanak-kanak ransangan untuk berjumpa rakan dan bercakap tentang minat
yang sama. Kanak-kanak bercakap, berteriak, ketawa dan menyanyi untuk
melegakan tekanan semasa di kelas. Bahasa yang digunaka lancar secara
semulajadi. Kanak-kanak menggunakan masa luar kelas untuk merancang dan
membuat sesuatu bersama. Berkongsi dan membina kemahiran sosial.
Aktiviti luar menyediakan penerimaan sosial dan kepimpinan kepada
kanak-kanak yang sukar menyesuaikan diri dengan aktiviti formal.
Aktiviti Luar Memberi Ketenangan Kepada Kanak-Kanak
Aktiviti luar
bangunan dapat menghapuskan perasaan negatif menerusi aktiviti seperti
membaling bola, pundi kacang, atau memaku paku pada papan antara contoh
untuk menghapuskan perasaan negatif. Berlari dan menunggung juga
menyalurkan keluar perasaan yang terbuku. Kadangkala hal ini selalunya
orang dewasa terlepas pandang. Perkembangan minda juga berkembang semasa
aktiviti luar. Persekitaran luar akan meransang kanak-kanak rasa ingin
tahu dan meneroka. Kanak-kanak boleh membuat banyak pemerhatian sendiri.
Mereka boleh mencuba ideanya dan mendapat banyak kesimpulan daripada
pemerhatian dan percubaannya.
Sumber dari : bustamkamri.blogspot.com
No comments:
Post a Comment