HOME

Friday, 25 July 2014

Persekitaran luar yang selamat dan berkualiti







Sesebuah Taska yang baik seharusnya mempunyai laman yang sesuai untuk kanak-kanak bergerak bebas seperti laman yang luas dan mempunyai pokok-pokok bungan yang pelbagai, peralatan permainan yang tetap dan boleh diubah suai supaya dapat mengembangkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
terutamanya perkembangan motor.

Dapat dijadikan tempat rekreasi, pusat pemerhatian dan penerokaan serta kawasan menjalinkan hubungan sosial.

Kawasan luar dapat menyediakan banyak meklumat baru kepada kanak-kanak daripada bahan-bahan yang terdapat disitu, kanak-kanak boleh meningkatkan daya imaginasi mereka selain membuat eksperimen.

Aktiviti luar boleh menjadikan kanak-kanak aktif di samping dapat mempelajari kawalan motor kasar dan halus.

Kawasan luar dapat merangsang perkembangan menyeluruh kanak-kanak terutamanya perkembangan motor.

Mempunyai kawasan berpagar dan selamat untuk kanak-kanak bermain dan meneroka. Pintu pagar sentiasa berkunci dan terdapat orang dewasa yang mengawasi semasa kanak-kanak bermain di luar.

No comments:

Post a Comment