Bersama ini kami perkenalkan satu video yang menerangkan kepentingan aktiviti luar kepada perkembangan kanak-kanak.
Kepentingan tersebut merangkumi:
1) Kepentingan penggunaan 5 deria.
2) Sebagai senaman bagi mengelakkan obesiti di kalangan kanak-kanak dan untuk membakar kalori.
3) Mendapat cahaya matahari dan menikmati udara segar. Kanak-kanak akan lebih seronok.
4) Memperolehi 3E (Explore, Experiment, Experience)
5) Meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari aspek fizikal, bahasa, awal matematik, kreativiti, deria, estetika, sosioemosi dan kerohanian.
6) Mewujudkan dan mengembangkan sifat ingin tahu kanak-kanak serta meningkatkan penguasaan proses sains melalui aktiviti pra-sains di luar bilik darjah.
7) Menumpukan kepada perkembangan fizikal (melompat, berlari, merangkak, berputar, memanjat dsb)
8) Menumpukan kepada perkembangan sosioemosi dan sahsiah diri serta kerohanian (berkongsi, bergilir-gilir, memahami peraturan permainan, bertolak ansur, mematuhi arahan dsb)
9) Kepekaan kepada dunia persekitaran (menghargai keindahan alam semulajadi, mendengar bunyi-bunyian kehidupan alam, merasa/menyentuh pelbagai tekstur)
10) Meningkatkan perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal di antara rakan sebaya dan orang dewasa serta berinteraksi bersama alam.
11) Mendedahkan kanak-kanak untuk mencintai dunia persekitaran luar.
12) Membina sikap sayang akan alam sekitar dan menjaga kelestarian alam sekitar dalam diri kanak-kanak.
Video yang menarik.. jika di perbnyak kan lagi jenis contoh2 aktiviti yang melibatkan nature yang blh dilakukan dgn kanak-kanak pasti lebih menarik..
ReplyDeleteHehe jgn lupa bg feedback utk group saya yer http://kindeteachers.blogspot.com/ tq hehe..help each other
ReplyDeleteTq farah..InsyaAllah..akan update banyak lg artikel2 dan aktiviti2 yg berkaitan..
ReplyDelete